Berkatbantu
Care • Share • Hope
Donasi
Kempen Khas

Projek Pembinaan Surau Perkampungan Pedalaman

Surau Ar-Raudhah Kg Suang Kina

Bantu Pembinaan Surau Baharu Untuk Penduduk Kg Suang Kina, Kota Belud, Sabah

Kempen ini diwujudkan bagi membantu penduduk kampung membangunkan sebuah surau yang lebih selesa, selamat, dan sesuai dijadikan tempat ibadah serta pusat komuniti setempat.

Fasa Semasa Menambak Tanah
Sasaran RM100,000
Lokasi Kota Belud, Sabah

Latar Belakang

Sebelum ini, penduduk kampung menggunakan surau sementara yang dibina di atas tanah persendirian. Namun, tapak tersebut tidak lagi dapat digunakan untuk jangka panjang.

Mengapa Perlu Dibantu

Surau ini akan menjadi ruang ibadah yang lebih selesa, tempat pendidikan agama, dan pusat pengukuhan komuniti bagi anak-anak, remaja, dan penduduk setempat.

Keperluan Semasa

Pada peringkat awal, dana diperlukan untuk kerja menambun tapak tanah wakaf sebelum pembinaan surau diteruskan ke fasa seterusnya.

Maklumat Kempen

Ringkasan Projek

Majoriti penduduk kampung adalah Muslim dan amat memerlukan sebuah surau yang sesuai untuk solat berjemaah serta aktiviti keagamaan. Kini, tapak baharu telah diwakafkan dan diuruskan untuk tujuan pembinaan surau demi manfaat masyarakat setempat.

Pada peringkat awal ini, fokus utama adalah penyediaan tapak pembinaan termasuk kerja menambak tanah agar proses pembangunan dapat berjalan dengan lebih lancar.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan selagi mana surau ini dimanfaatkan untuk ibadah dan kebaikan masyarakat.